GAP

Bismillah.

Di sini saya ingin kongsikan cara bagaimana anda boleh mulakan simpanan emas anda dengan minima hanya RM100! Sangat sesuai jika anda nak selamatkan wang kertas anda daripada di "mamah" inflasi, atau anda nak tukar trend dari memberi duit raya kertas ke trend beri duit raya emas.




Sebelum tu, rujuk gambar di bawah untuk dapat gambaran apa sebenarnya program Gold Accumulation Program (GAP) ini.

Note: Anda boleh skip dan terus skroll ke bawah jika anda nak rujukan pantas untuk mulakan simpanan GAP ini.




GAP ialah ibarat satu akaun bank emas anda, di mana anda boleh buka akaun simpanan emas fizikal GAP ini dengan hanya deposit minima permulaan RM100. RM100 yang anda depositkan ini, kemudian akan ditukarkan ke dalam bentuk unit gram emas 24k (999), bergantung kepada nilaian harga emas pada hari itu.

Anda boleh keluarkan emas fizikal anda, 48 jam selepas deposit anda disahkan oleh staff Public Gold, dalam unit yang paling kecilnya 1 gram gold bar. Pengeluaran emas fizikal anda boleh dibuat di cawangan Public Gold terdekat. KLIK SINI untuk cari branch Public Gold yang terdekat dengan anda.

Tetapi anda boleh juga untuk terus simpan emas anda dalam akaun GAP tanpa caj penyimpanan emas. Boleh simpan emas secara percuma, menarikkan?


Ciri-ciri & Kelebihan GAP:


  • Pengumpulan emas fizikal dengan ketulenan Au999.9 (24K) 
  • Pembelian minimum RM100 atau di dalam gandaan RM50 atau pun 1 gram
  • Pembelian ini kemudiannya akan ditukarkan kepada berat emas sehingga 4 titik perpuluhan (contoh: 0.0001gm). 
  • Disokong 100% oleh emas fizikal Au999.9
  • Tiada yuran simpanan
  • Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja
  • Pengeluaran sekurang-kurangnya 1 gram emas fizikal
  • Akaun bersama antara ibu bapa dan anak-anak disediakan 
  • Arahan tetap bulanan disediakan (monthly standing instruction)
  • Diaudit oleh juruaudit bebas
  • Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun


Langkah-langkah Untuk Mulakan Akaun Simpanan Emas Fizikal GAP Anda:


Langkah 1

Semak harga harian emas untuk GAP di sebelah kanan blog ini.




Langkah 2

Jika ini kali pertama anda, depositkan minima RM100 ke dalam akaun rasmi Public Gold seperti di bawah ini:

Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD
Nombor Akaun Maybank: 5571-3923-8048
Nombor Akaun Public Bank: 3167-52-0833


Tiada had maksima. Anda boleh lakukan penambahan akaun emas fizikal GAP anda dalam gandaan RM50 (contoh, RM100, RM150, RM200, RM250, dan seterusnya). Bayaran dalam bentuk cek pantas sama sekali tidak diterima!

Note: Jika anda menggunakan internet banking, tidak digalakkan sama sekali untuk melakukan inter-bank transfer (pindah amaun dari akaun bank yang berbeza selain Maybank & Public Bank). Ini kerana interbank transfer akan mengambil masa 1~3 hari bekerja untuk betul-betul memasukkan deposit anda. Jadi akan timbul isu pengesahan deposit dari pihak Public Gold nanti.


Langkah 3

Hantar bukti deposit & maklumat peribadi anda:


Nama Penuh (Ikut IC Anda):
No IC:
Email:
No Handphone Anda Untuk Dihubungi:
Alamat Tetap:
Bukti Bayaran
Jenis Bank, Tarikh & Masa (Sertakan sekali gambar resit deposit untuk pengesahan pantas) 
Introducer
Masukkan PG-code orang yang perkenalkan anda dengan GAP. Boleh masukkan mana-mana PG-code dealer Public Gold yang anda kenal, atau boleh masukkan PG-code ibu saya, PG036111 (Julia Binti Ab Razak).


Hantarkan maklumat tadi melalui E-mel/WhatsApp/WeChat/SMS ke:

E-mel: gap@publicgold.com.my
WhatsApp/WeChat/SMS: +6017-486 6916


Contoh whatsapp yang saya hantar untuk pembelian emas fizikal Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold:




Note: Format saya whatsapp untuk pembelian GAP memang berbeza kerana saya sudah pun mempunyai akaun Public Gold dan nombor PG Code saya sendiri. Jika ini pembelian kedua anda & anda sudah pun mempunyai nombor PG Code anda sendiri, boleh ikut saja contoh ini. Tetapi untuk yang baru bermula, boleh ikut format seperti yang saya tunjukkan di langkah 3 di atas.


Setelah menerima maklumat pengesahan bayaran anda, dalam masa 48 jam, pihak Public Gold akan hantar SMS & email Sales Order GAP seperti ini:


TAHNIAH! Anda sudah pun berjaya tukar wang kertas anda kepada wang emas dengan program simpanan emas fizikal, Gold Accumulation Program Public Gold!

Jika selepas 48 jam, anda masih juga belum terima email Sales Order Public Gold ini, hubungi terus  +6017-486 6916 untuk semakan transaksi GAP anda & hubungi juga cawangan Public Gold yang terdekat dengan anda. KLIK SINI untuk cari branch Public Gold yang terdekat dengan anda.

Anda juga boleh hubungi saya terus jika ada sebarang pertanyaan:

AsyrafGold
Whatsapp/SMS/Call: +6011.2084.8429