Seminar "Mengapa Mesti Simpan Emas" by En Syukor @ Mahaguru


"Emas ni, kalau jatuh kat tangan orang yang berilmu, wajiblah orang tu kaya raya", En Syukor Hashim @ Mahaguru

Alhamdulillah, sempat juga saya singgah di seminar ilmu emas oleh En Syukor Hashim atau panggilan lainnya "Mahaguru". Sangat-sangat setuju dengan kata-kata mahaguru Syukor kerana ilmu tu sangat-sangat berharga, malah lebih berharga daripada emas tu sendiri. Memetik kata-kata al-Imam as-Syafie rahimahullah:

"Jika kamu hendakkan dunia, hendaklah kamu berilmu.
Jika kamu hendakkan akhirat, hendaklah kamu berilmu.
Jika kamu hendakkan kedua-duanya, dunia dan akhirat, hendaklah juga kamu berilmu."