Ramai yang tertanya-tanya, macam mana nak mula beli emas dan perak Public Gold?
Sebelum teruskan bacaan, boleh rujuk artikel ini untuk tahu kenapa mesti pilih produk emas dan perak fizikal Public Gold, berbanding kedai-kedai emas fizikal yang lain di pasaran Malaysia.
Cara untuk Semak Harga, Order dan Beli Produk Emas dan Perak Public Gold Secara Online
Harga produk emas dan perak Public Gold sentiasa dikemaskini kan setiap 20 minit berdasarkan pasaran antarabangsa! Kita boleh semak harga terkini dan juga bebas untuk buat tempahan harga 24 jam dan 7 hari sekali!
Proses pembelian emas Public Gold adalah sangat-sangat mudah dan ianya bermula dengan tempah atau "lock" harga emas fizikal atau perak fizikal dahulu di website Public Gold (penerangan lanjut ada di bawah nanti), buat bayaran secara walk-in ke cawangan-cawangan Public Gold di seluruh Malaysia (hanya untuk belian di bawah RM3000), deposit menggunakan "cash-deposit-machine" (Public Gold menggunakan akaun Maybank dan Public Bank), dan yang paling mudah menggunakan "internet banking transfer" seperti Maybank2u.
Ok langkah pertama, kita perlu register online di website PublicGold,
Pilih Login dan pergi ke Register
Isi dengan lengkap maklumat diri.
Untuk ruangan introducer, boleh isikan Public Gold introducer code, nama introducer, dan no handphone introducer. Boleh isi mana-mana introducer yang anda percaya dan yang mudah untuk anda hubungi untuk bantuan. Jika mahukan saya untuk jadi introducer anda, boleh isi nama ibu saya yang juga Dealer Public Gold kerana saya mengaktifkan atau menggunakan akaun Public Gold ibu saya:
Julia binti Ab Razak,
Authorized Public Gold Dealer,
PG036111,
Mobile No. 011-2084-8429
PG036111,
Mobile No. 011-2084-8429
Selepas selesai isi maklumat dan klik register, anda boleh tunggu dulu sementara Public Gold proses maklumat dan kemudian hantar email pengesahan ke email. Check email daripada Public Gold dan klik pada link yang disertakan dalam email tadi.
Tahniah! Anda telah berjaya didaftarkan sebagai Customer sah Public Gold dan boleh memulakan langkah untuk menyelamatkan kewangan anda dengan emas dan perak Public Gold!
Sistem online di Public Gold beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Bermakna transaksi jual dan beli boleh dilakukan setiap masa, walaupun pada pukul 3 pagi di pagi hari raya atau cuti umum yang lain.
Kenapa mesti 24 jam, 7 kali seminggu? Ini penting kerana harga emas antarabangsa sentiasa bergerak naik dan turun disebabkan proses jual-beli emas yang berlaku di seluruh dunia dan Public Gold sentiasa kemaskini harga mengikut harga pasaran antarabangsa, 20 minit sekali!
Ok mari kita mula kan langkah untuk "Lock" harga produk emas atau perak Public Gold.
Note: Dalam jual-beli emas dan perak, istilah "Lock" membawa maksud "tempah" atau "booking" pada harga terkini, bermakna kalau "Lock" harga pada pukul 3 pagi, pada keesokan harinya kita bayar pada harga yang telah di "lock" tadi, walaupun keesokan harinya harga emas dan perak dah meningkat dua kali ganda.
Setelah Login, klik Order dan pilih Place Order.
Klik Agree untuk setuju dengan Terms of Sale dan seterusnya akan keluar senarai produk emas dan perak Public Gold
Pilih produk dan jumlah unit, dan seterusnya klik Update Cart di bahagian bawah. Pastikan nilai Grand Total adalah sama dengan jumlah yang hendak di "lock".
Note: Untuk permulaan, produk yang saya cadangkan ialah 1 dinar kerana harganya yang paling murah berbanding produk emas yang lain, dan design dia pun cukup cantik dan Islamik, secara tak langsung boleh menggalakkan kita untuk beli lagi dan tambah lagi simpanan emas.
Seterusnya, pilih order for Myself, dan di bahagian "Payment Option", pilih Full-Payment untuk bayar full cash atau bayar ansuran dengan Easy Payment Plan (EPP).
Note: EPP adalah plan bayaran ansuran selama 4 bulan, zero interest, dan hanya perlu bayar 0.5% processing fee sahaja. Contoh untuk pembelian 1 dinar pada harga RM611 (harga pada 2:24 pagi, 20 Oct 2013), bayaran bulan pertama ialah RM152 + processing fee, dan RM152 untuk setiap 3 bulan seterusnya. Emas yang dibeli secara EPP tadi akan diberikan setelah pembayaran dijelaskan sepenuhnya.
Note: Nah, hanya RM152 sebulan untuk mula simpan emas, tak perlu modal besar untuk memiliki aset emas dan perak, bukan seperti aset hartanah! Ditambah pula dengan kecairan yang tinggi atau High Liquidity emas di mana emas yang sudah dibeli dan berada di tangan, boleh "dicairkan" ke dalam bentuk wang kertas semula dengan memajaknya di pusat pajak gadai Islam ar-Rahnu TANPA perlu menjualnya semula ketika memerlukan tunai segera.
Akhir sekali, pilih bank untuk pembayaran, pilih cawangan Public Gold yang terdekat (klik sini untuk senarai cawangan Public Gold seluruh Malaysia) untuk ambil emas atau perak Public Gold yang dibeli tadi, dan klik Checkout. Seterusnya klik Confirm Order. Public Gold akan auto-respond dengan menghantar Sales Order ke email. Di dalam Sales Order tadi akan dinyatakan no akaun Public Gold untuk deposit pembayaran.
Note: Pembayaran boleh juga dibuat secara walk-in di mana-mana cawangan Public Gold
Mudah bukan? Untuk pertanyaan dan bantuan, boleh PM saya di https://www.facebook.com/messages/asyraf.rongi
atau boleh call/sms/whatsapp 011-2084-8429
Berikut adalah antara senarai produk-produk emas dan perak fizikal Public Gold (cara untuk tengok harga terkini dan untuk order produk-produk Public Gold akan diterangkan di bawah):
- Public Dinar
Produk Public Dinar Public Gold dengan ketulenan emas 91.6% (juga dipanggil emas 916 atau emas 22 karat atau emas 22k). Kenapa dinar emas Public Gold adalah dalam ketulenan 91.6% dan bukannya 99.99% ? Ini adalah kerana emas dengan ketulenan 91.6% atau emas 916 (emas 22k) ini sifat fizikalnya lebih keras dan tahan lasak berbanding emas dengan ketulenan 99.99% atau emas 999 (emas 24k), dan sangat sesuai untuk dijadikan syiling dan barang kemas. Berat setiap 1 dinar Public Gold ialah 4.25 gram. Produk Public dinar terdapat dalam bentuk syiling 1 dinar, syiling 2 dinar, syiling 5 dinar, dan syiling 10 dinar. Dinar emas Public Gold sangat sesuai digunakan sebagai aset pelaburan (beli dan jual semula bila harga emas naik) kerana susut nilainya yang sangat rendah iaitu 6% untuk 1 dan 2 dinar, 5.5% untuk 5 dinar, dan 5% untuk syiling 10 dinar. Juga sangat sesuai untuk dijadikan hantaran kahwin yang menguntungkan kerana potensi kenaikan harga emas, berbanding hantaran wang kertas yang semakin lama semakin susut nilainya.
Tips: Semua produk dinar emas Public Gold ini boleh di pajak di ar-rahnu Pos Malaysia, dan ar-rahnu Bank Rakyat atau ar-rahnu X'Change. Sangat mudah untuk pajak dinar emas Public Gold bila kita memerlukan tunai segera, tanpa perlu untuk menjualnya semula kerana matlamat kita ialah untuk meningkatkan aset emas dan perak kita sebanyak mungkin kerana kekayaan sebenar bukan terletak pada banyaknya wang ringgit, tapi pada banyaknya aset yang kita miliki seperti aset emas dan perak, dan aset hartanah.
Tips: Semua produk dinar emas Public Gold ini boleh di pajak di ar-rahnu Pos Malaysia, dan ar-rahnu Bank Rakyat atau ar-rahnu X'Change. Sangat mudah untuk pajak dinar emas Public Gold bila kita memerlukan tunai segera, tanpa perlu untuk menjualnya semula kerana matlamat kita ialah untuk meningkatkan aset emas dan perak kita sebanyak mungkin kerana kekayaan sebenar bukan terletak pada banyaknya wang ringgit, tapi pada banyaknya aset yang kita miliki seperti aset emas dan perak, dan aset hartanah.
- Public Dirham
Produk Public Dirham Public Gold dalam bentuk syiling perak 10 dirham, dengan ketulenan 99.99% dan berat 29.75 gram. Syiling 10 dirham perak dengan corak ukiran islamik yang cantik dan sangat sesuai untuk membangkitkan semangat kita untuk menabung setiap bulan, di samping harganya yang sangat murah berbanding pasaran lain dalam Malaysia mahupun luar negara. Ditambah pula dengan potensi kenaikan harga perak (silver price) pada masa hadapan. Sebagai tips, duit syiling yang dimasukkan ke dalam tabung, apabila sudah penuh, boleh terus tukarkan ke wang perak dirham Public Gold yang bernilai!
- Public Silver
Produk jongkong perak atau silver bar Public Gold dengan ketulenan perak 99.99%. Produk jongkong perak Public Silver terdapat dalam berat 100 gram, 250 gram, 500 gram, dan 1 kilogram. Sangat sesuai untuk dijadikan aset pelaburan kerana harga pasaran perak fizikal dunia sekarang yang masih lagi sangat murah berbanding harga pasaran emas dunia. Perak atau silver ini diberi gelaran "Emas masa akan datang" atau "Future Gold" kerana potensi kenaikan harganya yang akan melonjak naik ke harga emas pada hari ini. Permintaan perak atau silver ini sangat tinggi terutamanya di dalam bidang perindustrian dan juga perubatan. Harga dijangkakan akan terus melonjak naik kerana permintaannya yang makin tinggi dan ditambah pula dengan hasil lombongan logam perak atau silver ini yang semakin lama semakin berkurangan di perut bumi.
- Public Goldbar
Jongkong emas atau gold-bar Public Gold dengan ketulenan 99.99% atau emas 999 (24 karat). Terdapat dalam berat 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram, dan 500 gram. Jongkong emas atau gold-bar Public Gold ini sesuai untuk dijadikan pelaburan emas yang menguntungkan, dengan susut nilai atau spread yang sangat rendah berbanding kedai-kedai emas yang lain di Malaysia iaitu 8% untuk jongkong emas atau goldbar 10 gram, 6% untuk jongkong emas 20 gram, 5.5% untuk jongkong emas 50 gram, 5% untuk jongkong emas 100 gram, dan 4.5% untuk jongkong emas 250 gram dan 500 gram. Tukar simpanan wang kertas anda kepada simpanan emas fizikal untuk mengelakkan daripada kebocoran wang kerana secara psikologinya, bila emas ada di tangan, kita akan berfikir untuk cara untuk menyimpan dan mengumpul lebih banyak lagi emas, tetapi tidak pula dengan wang kertas, bila ada di tangan, kita akan fikir untuk cara bagaimana untuk belanjakan.
Tips: Juga seperti produk dinar emas Public Gold, semua produk jongkong emas atau goldbar Public Gold kini boleh di pajak di ar-rahnu Pos Malaysia, dan ar-rahnu Bank Rakyat atau ar-rahnu X'Change. Bank Rakyat hanya mengiktiraf jongkong emas dan syiling dinar emas Public Gold untuk di pajak gadai atau ar-rahnu, menunjukkan pengiktirafan Bank Rakyat terhadap produk emas Public Gold. Walau bagaimanapun, perlu sertakan sekali sijil ketulenan dan resit pembelian Public Gold semasa hendak pajak atau ar-rahnu kan di Bank Rakyat.
Untuk senarai lengkap beserta gambar semua produk emas dan perak Public Gold klik sini.
Public Dinar, Public Dirham, Public Silver, dan Public Goldbar adalah antara produk-produk utama Public Gold. Ada lagi produk-produk Public Gold yang lain seperti jongkong emas 999 (24 karat) Bungamas, jongkong emas 999 (24 karat) Tai Fook, dan barang kemas emas 916 (22 karat) D-Series Public Gold. Jika ingin tengok dan pegang sendiri produk-produk Public Gold, boleh ke cawangan Public Gold yang terdekat (Untuk senarai cawangan Public Gold di seluruh Malaysia, klik sini). Jika berminat dan terus ingin beli "on the spot", boleh minta bantuan staf Public Gold, insyaAllah mereka akan bantu. Staf Public Gold akan tanya dari mana tahu tentang Public Gold, boleh beri nama ibu saya:
Julia binti Ab Razak,
Authorized Public Gold Dealer PG036111
011-2084-8429
011-2084-8429