Perancangan Bajet Bulanan

Adakah kita merancang bajet bulanan kita?




Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk menghadiri beberapa kursus berkaitan dengan kewangan, dan dapat "insights" atau ilham untuk bagaimana nak rancang perbelanjaan bulanan saya.

Sebenarnya mudah saja untuk merancang bajet bulanan kita, hanya perlu agih-agihkan jumlah pendapatan bulanan kita pada beberapa tabungan yang tertentu. Di bawah adalah contoh tabungan yang saya amalkan sehingga sekarang:

(1) Tabung Riadah (Play Fund) --> 10% daripada jumlah pendapatan bulanan
(2) Tabung Sara Hidup (Necessities Fund) --> 55%
(3) Tabung Bebas Kewangan (Financial Freedom Account, FFA) --> 10%
(4) Tabung Simpanan Jangka-masa Panjang (Long-term Savings)--> 10%
(5) Tabung Amal Jariah (Charity Fund) --> 5%
(6) Tabung Ilmu (Knowledge Fund) --> 10%




Sedikit ulasan mengenai tabung-tabung di atas:

Tabung Riadah atau Play Fund adalah untuk saya belanja sesuka hati saya kerana ianya adalah peruntukan untuk menghargai diri saya yang telah bekerja untuk mendapatkan pendapatan bulanan itu sendiri :)

Tabung Sara Hidup atau Necessities Fund adalah untuk bayar segala bil-bil bulanan seperti bil air, bil letrik, bil internet, sewa rumah, bil kredit kad, dan perbelanjaan makan dan minum.

Tabung Bebas Kewangan atau Financial Freedom Account adalah tabungan yang saya simpan setiap bulanan untuk masa depan seperti untuk menunaikan haji dan membeli hartanah. Bermaksud saya tidak akan menyentuh langsung wang dalam tabung ini dalam masa yang terdekat. Sudah semestinya saya akan menyimpan tabung ini dalam bentuk wang emas dan perak kerana potensi kenaikan harganya yang sangat tinggi dan hampir pasti berlaku berbanding dengan wang kertas yang semakin hari semakin susut nilainya. Saya memilih untuk membeli dan simpan emas dan perak Public Gold kerana urusan jual-beli yang teramat mudah disamping susut-nilai emas yang terendah untuk menjamin keuntungan yang cepat. Boleh ke sini untuk cara membeli emas dan perak Public Gold terus secara online.

Tabung Simpanan Jangka-masa Panjang atau Long-term Savings adalah untuk saya kumpul dan simpan dan apabila sudah cukup, saya akan beli barang-barang kesukaan saya yang agak mahal harganya seperti gajet-gajet elektronik :)

Tabung Amal Jariah atau Charity Fund adalah tabung yang patut diutmakan antara semua tabungan. Hasil daripada tabungan ini saya akan sedekahkan di masjid-masjid, atau saya akan "transfer"kan secara online-banking ke pusat-pusat tahfiz atau mana-mana institusi yang menjalankan kerja dakwah. Sangat-sangat digalakkan untuk kita merancang dahulu berapa jumlah bulanan untuk kita infak atau sedekahkan supaya kita boleh "menghulur" tanpa rasa bimbang, "duit kita ni cukup ke tak untuk belanja bulan ni?"

Tabung Ilmu atau Knowledge Fund digunakan untuk membayar yuran kursus atau seminar yang bermanfaat seperti kursus kewangan dan seminar motivasi. Juga saya gunakan untuk membeli buku-buku dan e-books yang bermanfaat.

Itulah sedikit sebanyak perkongsian bagaimana saya menguruskan perbelanjaan bulanan saya. Jika ada kekurangan atau cadangan yang lebih baik, komen dialu-alukan di ruangan komen di bawah.

Bagaimana pula cara anda menyimpan wang?
Boleh isi survey di bawah :)