Penyertaan Booth Public Gold di Giant Bayan Lepas, Pulau Pinang (15~21 Nov 2013)

Pada 15hb~21hb Nov 2013, saya telah menyertai booth yang dianjurkan bersama oleh Public Gold dan Team Northern Jutawanemas24k. Alhamdulillah, pengalaman dan tips berharga dapat diperoleh setelah duduk bekerja bersama-sama secara berkumpulan dengan sahabat-sahabat yang bersemangat dan positif. 



Bila selalu bersama dengan orang-orang yang positif, kita secara tidak langsung turut jadi positif, besesuaian dengan maksud hadis Nabi saw:

"Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat." Hadis riwayat at-Tarmizi dan al-Hakim

Kalau ditanya, adakah saya bekerja sebagai dealer Public Gold adalah untuk mendapatkan komisyen atau side-income? Sudah semestinya saya akan jawab "Ya!", kerana saya mahu capai status bebas-kewangan secepat mungkin, selari dengan tajuk blog ini sendiri. Tetapi untuk kaya dan berjaya, kita mestilah berusaha untuk menjadikan orang di sekeliling kita kaya dan berjaya juga.

Dari Abu Hurairah ra, beliau berkata: Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang membantu seorang muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia, maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang muslim yang sedang dalam kesulitan, maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat."


Saya memilih untuk membuka minda masyarakat tentang kepentingan menyimpan emas dan perak sebagai aset atau harta jangkamasa panjang dan juga sebagai pengelak kebocoran wang yang kalis inflasi, dengan menggunakan Public Gold sebagai platform. Alhamdulillah, saya sekarang berstatus "Public Gold's authorized New Dealer". Bermakna saya boleh mengajak orang ramai untuk register account Public Gold dan seterusnya terus mula beli dan simpan emas dan perak fizikal Public Gold (rujuk sini untuk cara-caranya). 

Ya, kami dealer-dealer Public Gold akan mendapat komisyen daripada pembelian mereka yang register di bawah account kami. Tapi apalah sangat nilai komisyen tadi jika dibandingkan dengan ilmu, tips, dan perkongsian pengalaman yang saya atau dealer-dealer Public Gold lain akan berikan kepada mereka tadi? InsyaAllah kami akan bantu mereka yang ingin mula menyimpan emas dan perak sebagai pelindung kekayaan atau kebocoran wang yang sebenar.