Dulu tidak suka, kini semakin suka dengan duit syiling

Saya dulu yang tak berapa suka dengan duit syiling kerana ianya berat dan berbunyi bila diletakkan di dalam poket ketika berjalan, kini semakin suka pula mengumpul duit syiling. 



Kalau dulunya, masa pergi ke Giant atau Tesco untuk beli barang dapur, selalu bayar guna debit card atau credit card untuk elak dapat baki duit syiling, sekarang ni bayar guna cash saja sebab suka terima baki dalam duit syiling. Kalau ada duit syiling dalam poket pun, masih bayar guna duit kertas untuk barang yang harga dia ada nilai sen. Contoh macam di 7-eleven, harga untuk Lipton green-tea 500ml botol ialah RM2.70, walaupun dalam poket saya ada RM1 kertas dua helai dan syiling 70 sen, tapi saya tetap bayar guna full-cash RM3 (RM1 kertas tiga helai), sengaja bayar macam tu supaya dapat baki 30 sen :)

Duit-duit syiling yang terkumpul dalam poket atau yang terkumpul di dalam beg sandang (saya selalu ke sana sini bawa beg sandang), saya akan masukkan ke dalam tabung-tabung syiling bila sampai di rumah. Tabung- tabung tadi dah diasing-asingkan ikut jenis syiling supaya mudah untuk saya tukarkan ke duit kertas di bank nanti.


Tujuan utama adalah untuk capai target harga 10 dirham perak (Klik sini untuk tengok harga terkini 10 dirham). Waktu entri ini ditulis (5 Nov 2013, 10:30 pagi), harga 10 dirham Public Gold ialah RM98. Bermakna jika duit syiling saya dah berjumlah lebih RM98 ketika itu, saya akan terus lock pembelian satu ketul 10 dirham. Kemudian, saya akan terus pergi ke bank untuk tukarkan ke duit kertas, dan seterusnya walk-in ke cawangan Public Gold terdekat untuk pembayaran dan untuk collect terus stok 10 dirham saya :)


Saya akan teruskan lakukan proses ini, insyaAllah, kerana duit syiling bukanlah penyimpan nilai yang baik untuk jangka masa yang panjang disebabkan oleh susut nilai matawang itu sendiri kerana dimamah inflasi!

P/s: Saya namakan proses atau teknik ni sebagai, "Teknik Cukai Dirham" :)