Bayar Hutang Kredit Kad dengan Gadaian Emas di Pos Ar-Rahnu

Di sini saya ingin berkongsi bagaimana saya langsaikan hutang tunggakan kredit kad saya yang berjumlah RM5167.70 dengan memajak dinar emas yang ada dalam simpanan saya. Di bawah adalah bil kredit kad saya.



 Banyak bukan hutang kredit kad saya? RM52167.70! Kalau kita perhatikan jumlah "Finance Charge", ialah sebanyak RM81.01. Itu sebenarnya adalah kadar faedah atau "interest" bulanan untuk pinjaman kredit kad saya. Jika dikira (rujuk nilai dalam bulatan merah di gambar bil di atas):

(RM81.01 / RM5167.70) x 100%  = 1.57%

Bermakna, setiap bulan saya perlu jelaskan hutang kredit kad dengan kadar faedah 1.57% ! Oleh itu, daripada saya hutang dengan kredit kad dengan kadar faedah 1.57%, lebih baik saya berhutang dengan ar-rahnu Pos kerana upah simpan bulanan emas, hanyalah 0.75%, dan yang paling penting, pinjaman di ar-rahnu adalah bebas riba!

Note: Penggunaan kredit kad konvensional (non-Islamic) adalah diharuskan (sumber rujukan, Ustaz Zaharuddin), cuma kita perlu berazam untuk menjelaskan 100% bil kredit kad setiap bulan untuk mengelakkan daripada membayar "Finance Charge" atau faedah pinjaman, yang dikategorikan sebagai riba dalam Islam!

Alhamdulillah, konsistensi dalam menyimpan 1 dinar setiap bulan membolehkan saya mempunyai simpanan beberapa dinar emas yang boleh digunakan untuk membuat pajakan, dan pajakan itu boleh digunakan untuk membayar hutang kredit kad yang tinggi kadar faedahnya.


Langkah pertama ialah untuk membawa dinar-dinar emas saya, iaitu syiling 1, 2 dan 10 dinar ke cawangan Pos ar-Rahnu yang terdekat. Dinar emas Public Gold ini ialah emas 916 atau 22 karat. Jadi dinar-dinar emas ini akan dinilai mengikut kadar per gram untuk emas 916 atau 22 karat.


Kelebihan memajak di Pos ar-rahnu ini ialah kadar upah simpan bulanan yang rendah berbanding ar-rahnu lain, iaitu hanya 0.75% sahaja. Bagi mereka yang baru mengenali ar-rahnu, ar-rahnu ialah pusat gadaian Islam di mana, kita akan mendapat pinjaman bercagarkan emas. Jumlah pinjaman yang akan diterima adalah bergantung pada nilai marhun atau nilai semasa emas. Lebih banyak emas yang kita cagarkan atau pajak, lebih banyak pinjaman yang kita boleh terima. Bergantung pada pusat ar-rahnu yang kita pergi, untuk Pos ar-Rahnu, pinjaman yang akan kita dapat ialah 75% daripada nilai marhun emas yang kita pajak. Untuk ar-rahnu XChange Bank Rakyat pula, pinjaman untuk pajakan kali pertama ialah 65%, dan untuk kali kedua dan seterusnya ialah 70%.

Note: Untuk pajakan di bank-bank seperti ar-rahnu XChange Bank Rakyat, dan ar-rahnu Agro Bank, setiap kali kita melakukan pajakan, nama kita akan disenaraikan di dalam CCRIS (Central Credit Reference Information System) Bank Negara. Jangan bimbang kerana CCRIS ini bukan lah senarai black-list :) cuma senarai yang mengatakan kita pernah membuat pajakan. Pada masa depan, jika kita nak buat permohonan pinjaman atau "loan" untuk beli rumah dan hartanah, pegawai bank yang menguruskan pinjaman kita nanti akan bertanya tentang pajakan tersebut.

Pinjaman di ar-rahnu sangat mudah di mana kita hanya perlu bawa kad pengenalan, dan emas yang kita nak pajak tadi. Setelah lulus ujian ketulenan, staff ar-rahnu akan memberikan borang untuk diisi, borang itu ialah borang persetujuan atau persetujuan akad penerimaan pinjaman ar-rahnu, dengan upah simpan yang dinyatakan dalam borang itu. Sangat mudah kerana, dalam 10-15 minit, kita sudah pun boleh cash-out atau tukar emas kita kepada wang tunai. Inilah yang dikatakan dengan emas fizikal mempunyai "kecairan yang tinggi" atau "high liquidity"!

Memajak pun ada strateginya :) Seboleh-bolehnya kita pajak setiap emas yang kita bawa tadi dengan satu surat setiap emas, dan bukannya pajak kesemua emas-emas dalam satu surat pajak. Bermaksud, jika kita nak pajak lima keping syiling 1 dinar, sebaiknya kita pajak setiap syiling satu dinar tadi dengan satu surat pajak, iaitu jumlah kesemuanya ialah lima surat pajak. Tujuannya ialah supaya mudah untuk kita tebus satu-persatu emas kita nanti. Apabila kita tebus satu surat, bermakna kita telah mengurangkan jumlah upah simpan bulanan kita. Berbandingkan dengan pajak kesemua emas dalam satu surat pajak, kita perlu tunggu bajet kita betul-betul cukup dan baru boleh tebus surat tadi, dan kadar upah simpan tidak dapat dikurangkan!


Gambar di atas ialah jumlah surat pajak yang saya buat di Pos ar-rahnu. Empat belas kesemuanya! Perlu diingat, sebelum lakukan pajakan, kita harus sudah mempunyai strategi untuk macam mana nak tebus semula emas-emas kita tadi, untuk mengelak daripada emas kita dilelong ar-rahnu :)

P/S: Jika anda mencari sumber pendapatan pasif hanya dengan menukar simkad handphone anda, KLIK SINI