Tukar Emas Lama ke Emas Baru Public Gold dengan X-Plan

Semalam (iaitu 21 Disember 2013), ada satu sahabat saya nak tukar beberapa bentuk cincin belah rotan yang dibeli pada awal tahun 2012 ke emas Public Gold melalui plan "X-Plan" Public Gold.



Kalau nak jual cincin emas tadi, sememangnya rugi. Lihat saja harga per gram yang beliau beli pada awal tahun 2012, dan bandingkan dengan harga semasa (harga pada 21 Disember 2013, RM129 per gram untuk emas 916 i-Series Public Gold!).


Jadi satu tindakan yang bijak ialah untuk tukar atau "trade-in" cincin emas 916 beliau, ke mana-mana produk emas Public Gold kerana susut-nilai atau "spread" produk emas Public Gold adalah yang terendah jika dibandingkan dengan mana-mana kedai emas yang lain di Malaysia (boleh rujuk sini untuk kenapa pilih emas Public Gold). Susut-nilai atau "Spread" inilah yang perlu kita tengok sebelum membeli mana-mana produk emas kerana, lebih rendah susut-nilai, lebih cepatlah keuntungan yang kita boleh dapat masa harga emas naik nanti. Seeloknya, kita perlu tahu dahulu susut-nilai produk emas, sebelum membeli. 

Setelah dapat tukar ke produk emas Public Gold, beliau hanya perlu tunggu harga emas naik kembali melebihi harga yang beliau beli dulu pada awal tahun 2012, dan boleh jual untuk dapat keuntungan atau boleh terus simpan sebagai aset emas dan perak fizikal.

Sebelum pertukaran ke produk emas Public Gold dapat dibuat, cincin-cincin emas tadi perlu diuji ketulenannya. Semua cawangan-cawangan Public Gold mempunya mesin penguji ketulenan emas. Ujian yang dilakukan ialah ujian berat dan ujian ketumpatan emas (direndam dalam air). Klik sini untuk senarai cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.


Setelah ketulenan disahkan, pengiraan untuk nilai harga cincin-cincin emas 916 tadi adalah seperti berikut:

Jumlah berat semua cincin emas = 26.37 gram

Harga semasa (22 Disember 2013) Public Gold:

I-series dan D-Series adalah dua jenis produk barang kemas Public Gold yang juga emas 916. Untuk mengira harga per gram bagi produk emas 916 i-series, kita boleh ambil harga untuk 10 gram dan bahagikan dengan 10:

Harga per gram emas 916 i-series Public Gold = RM1286.00 / 10 = RM128.60 per gram

Susut nilai bagi produk i-series Public Gold ialah 10%, oleh itu:

Harga per gram (selepas susut nilai 10%) = RM128.60 x 90% = RM115.74 per gram

Oleh itu, nilaian akhir untuk pertukaran ke produk emas Public Gold, bagi kesemua cincin-cincin emas 916 kawan saya tadi ialah:

26.37 gram x RM115.74 = RM3052.06

Bermaksud, kawan saya tadi boleh tukar atau "trade in" ke mana-mana produk Public Gold, sama ada emas 916, emas 999, mahupun produk perak atau "silver", yang bernilai RM3052.06 pada waktu tersebut. Pertukaran ini memang menguntungkan kerana produk Public Gold semuanya mempunya susut-nilai yang rendah! Seperti yang diterangkan di atas tadi, susut-nilai yang rendah dapat mempercepatkan keuntungan  kita semasa kita menjual balik emas-emas kita, semasa harga emas naik nanti.


Harga dalam gambar berbeza sikit dengan pengiraan saya di atas kerana saya gunakan harga pada masa entri blog ini ditulis (22 Disember 2013), sedangkan dalam gambar adalah pengiraan staff Public Gold pada hari semalam (21 Disember 2013). Public Gold sentiasa kemaskini harga emas dan perak mengikut pasaran antarabangsa setiap 20 minit, 24 jam sehari, dan 7 hari seminggu!

Plan X-Plan Public Gold juga menawarkan pilihan untuk dapat terus wang tunai, atau dalam bahasa mudah, kita jual terus pada Public Gold emas kita. Tetapi bagi saya, cara ini akan rugi sedikit kerana susut nilai yang akan dikenakan ialah 15%, iaitu mengikut susut nilai emas 916 d-series Public Gold.

X-Plan juga boleh dilakukan jika kita mempunyai emas yang ketulenannya kurang lagi daripada 916, seperti emas 850 dan emas 815. Staff Public Gold akan membuat kira-kira berdasarkan kadar harga semasa, mengikut ketulenan emas-emas tadi. Di bawah adalah panduan mengira nilai tukaran X-Plan mengikut ketulenan.